Thursday 27 March 2014

Sarana

SMK Taman Tuanku Jaafar sekolah contoh pelaksanaan sarana ibu bapa

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar dekat Seremban, dipilih oleh Kementerian Pendidikan mewakili Negeri Sembilan untuk menjadi sekolah contoh bagi pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tuanku Jaafar, Datuk Mohd. Nordin Mohamad berkata, pihaknya bersama Pengetua, Omar Ahmad telah menghadiri mesyuarat berkenaan perkara itu di kementerian dan diminta mengemukakan pelaksanaan program Sarana yang dijalankan PIBG sekolah.
Menurutnya, SMK Taman Tuanku Jaafar dipilih untuk menjadi contoh kepada pelaksanaan Sarana Ibu Bapa kerana PIBG sekolah aktif menggerakkan program bersama sama ada pihak sekolah, ibu bapa, komuniti termasuk pihak swasta.

''Usaha ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang mahukan lebih penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penyertaan komuniti dengan sekolah.
''Seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi menyediakan pendidikan yang berkualiti adalah kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sarana ibu bapa diperkenalkan bagi meningkatkan interaksi ibu bapa dengan anak-anak sekali gus memberi peluang kepada golongan itu menyumbang idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada sekolah.

Mohd. Nordin memberitahu, sejak dua tahun lalu, di bawah program Sarana Ibu Bapa, pihaknya membawa ibu bapa datang melawat bilik darjah, meninjau secara dekat perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan melihat keperluan lain anak-anak di sekolah.

''Susulan daripada tinjauan itu, ada ibu bapa yang sukarela membuat langsir bilik darjah, membetulkan meja kerusi, menganjurkan pertandingan golf amal sekolah, kenduri PIBG dan pelajar, Sarana bersama pelajar MSU dan Cosmopoint, solat hajat, kelas persediaan malam, hari graduasi termasuk penglibatan komuniti dengan media elektronik," katanya.

Selain itu, katanya, PIBG sekolah turut menganjur Seminar SMKTTJ yang mencetus idea memperindah bilik darjah pelajar di sekolah, ibu bapa menjadi urusetia pada program lawatan pelajar Maahad Tahfiz As-Saadiyyah dan lawatan ke SMK Mambau tahun lalu.

''Kita juga menganjurkan Unit Peronda Ponteng Sekolah malah salah seorang ahli melakukan kerja membaiki meja dan kerusi mana-mana bilik darjah, membaiki komputer yang rosak dan mengemas bilik pada waktu sesi petang,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, melalui Sarana Ibu Bapa ini, mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
SMK Tuanku Jaafar adalah pelanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor.
Sekolah ini melanggan sebanyak 22,600 naskhah Tutor yang ditaja oleh Pengarah Urusan KBKL Sdn. Bhd., Datuk Lee Su Hong.
Kata Mohd. Nordin, akhbar pendidikan berkenaan berupaya menjadikan pelajar lebih matang menerusi latihan serta kandungannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140324/pe_03/SMK-Taman-Tuanku-Jaafar-sekolah-contoh-pelaksanaan-sarana-ibu-bapa#ixzz2xDSScoTx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberitahuan kementerian

Keputusan SPM terbaik



Dr. Khair Mohamad Yusof menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin



PUTRAJAYA 20 Mac - Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.

Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.

"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.

Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.
Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.
"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.
Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.
"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_01/Keputusan-SPM-terbaik#ixzz2xDRnfV7p
© Utusan Melayu (M) Bhd 

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_01/Keputusan-SPM-terbaik

Tuesday 18 March 2014

Kenyataan Akhbar PBS

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
18 March 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.   
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.


Sunday 16 March 2014

Pengurusan Kokurikulum

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN


 Menubuhkan jawatankuasa bagi mengurus pertandingan antara rumah sukan.
 Memilih dan melatih wakil/pasukan untuk rumah sukan bagi menyertai pertandingan antara rumah sukan.
 Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
 Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir dalam aktiviti rumah sukan.
 Mengawasi keselamatan murid sewaktu menghadiri dan menjalani sesi latihan rumah sukan.
 Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi Rumah Sukan masing-masing.


DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN UNIT BERUNIFORM

1. Membentuk Jawatankuasa Pasukan Pakaian Seragam.
2. Memastikan aktiviti pasukan pakaian seragam sekolah selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan pasukan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan.
5. Membentuk Jawatankuasa pasukan pakaian seragam.
6. Memastikan aktiviti pasukan pakaian seragam sekolah selaras dengan objektif sekolah.
7. Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan pasukan.
8. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan.
9. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
10. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
11. Merancang strategi untuk peningkatan pasukan dengan cara yang sesuai.
12. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat serta laporan kegiatan tahunan.
13. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan pasukan.
14. Mengurus surat-menyurat untuk segala kegiatan luar sekolah.
Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa


DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN DAN KELAB

1. Membentuk jawatankuasa kelab/persatuan.
2. Memastikan aktiviti kelab/persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan kelab.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kelab/persatuan dengan cara yang sesuai.
8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat serta laporan kegiatan tahunan.
9. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan kelab/persatuan.
10. Mengurus surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
11. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.


DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENGURUS PASUKAN /                                                                         GURU PENGIRING PERTANDINGAN


1. Memilih dan melatih wakil/pasukan sekolah.
2. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada mereka yang pakar.
3. Memastikan segala keperluan pertandingan dipenuh dan segala peraturan dipatuhi.
4. Mengurus pengangkutan untuk wakil pasukan/sekolah ke pertandingan di luar sekolah.
5. Melapor dan merekodkan penyertaan dan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
6. Menentukan segala peralatan/kemudahan yang dibawa dan digunakan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi.
7. Menilai prestasi wakil/pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
8. Merekodkan nama-nama peserta yang cemerlang.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh  dari semasa ke semasa.





Pengurusan HEM

PENGURUSAN HAL-EHWAL MURID TAHUN 2014
MAJLIS HAL EHWAL MURID


Tugas
1. Mesyuarat  Majlis Hal Ehwal Murid
2. Membincangkan program yang akan dilaksanakan.
3. Menjalankan tugas-tugas rutin  unit masing-masing.
4. Merancang dan melaksanakan plan strategik 
5. Menyediakan agenda bertindak untuk pembangunan sahsiah dan pembinaan insan pelajar
6. Membantu untuk mencari jalan penyelesaian masalah dan disiplin pelajar di  sekolah.
7. Menyelaras tugasan ke atas semua unit di bawah bidang kuasa Hal Ehwal Murid di sekolah.

VISI (HEM)

 

PENGURUSAN HEM  SMK FELCRA BUKIT KEPONG CEMERLANG  TAHUN 2014

 

MISI (HEM)

 

BERUSAHA MENJADIKAN PELAJAR- PELAJAR SMK FELCRA BUKIT KEPONG 

CEMERLANG DARI SEGI ROHANI, JASMANI DAN INTELEKTUAL

MELALUI PROGRAM UNIT-UNIT HEM YANG TERANCANG

AGAR  MENJADI INSAN PROFESIONAL YANG BERJAYA.

 

 


OBJEKTIF (HEM)
 Melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan untuk pembangunan diri pelajar.
 Merancang dan memastikan perlaksanaan jawatankuasa yang berkaitan pengurusan, kebajikan dan keselamatan pelajar
 Menyediakan agenda bertindak untuk pembangunan sahsiahdan pembinaan insan pelajar.
 Membantu untuk mencari jalan penyelesaian masalah dan disiplin pelajar di sekolah
 Menyelaras tugasan atas semua unit bawah bidang kuasa Hal Ehwal Murid di sekolah.

PIAGAM PELANGGAN (HEM)


HEM SMK Felcra Bukit Kepong dengan penuh komited dan berjanji untuk memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:
1. Murid:        
 Sentiasa mengamalkan 5S dalam berurusan dengan pelanggan (Senyum,  Salam, Sambut, Sopan , Sayang)
 Melayan semua urusan pelajar dengan seberapa segera yang boleh.
 Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.
 Memastikan semua pelajar   mendapat buku teks  akan dibekalkan pada minggu akhir persekolahan  .
 Memastikan semua pelajar akan diberi hak layanan yang adil dan saksama.

2. Ibu, Bapa dan Penjaga:
 Sentiasa mengamalkan 5S dalam berurusan dengan pelanggan (Senyum, Salam, Sambut, Sopan , Sayang)

 Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dengan secepat mungkin.