Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

lagu sekolah

LAGU SEKOLAH


BERSAMA MENCAPAI KECEMERLANGAN


sMK Felcra Bukit Kepong,
sekolah yang kami sanjung,
bersama mencapai kecemerlangan,
itulah cogan kebanggaan

sentiasa sedia untuk belajar,
dengan penuh tekad dan sabar,
menjulang nama sekolah kami,
tuju matlamat yang dihajati

Chorus;
kami berikrar dan berjanji,
membina identiti sendiri
dengan akhlak dan sahsiah terpuji
untuk menguatkan jati diri

jasa sekolah tidak di lupa,
kekal abadi setiap masa,
melahir insan yang sempurna,
untuk memajukan negara

Tuesday, 4 March 2014

LENCANA SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH

MAKSUD

(I) PENGERTIAN BENTUK

     Bentuk ini merupakan bentuk cakera padat yang telah dipermudahkan yang membawa maksud
     ILMU PENGETAHUAN.  Dalam zaman yang serba canggih ini, ilmu bukan sahaja boleh dituntut 
     melalui guru dan buku, malahan melalui cakera padat.
      Bentuk tiga helai daun kelapa sawit ini juga membawa maksud :

      UNTUK MENCIPTA KECEMERLANGAN DI DALAM SESUATU PEKARA PERLULAH       MELALUI  TIGA PERINGKAT IAITU:

      1.  USAHA
      2.  DOA
      3. TAWAKKAL
      Bentuk ini membawa maksud suasana persekitaran SMKFBK yang dikelilingi bukit bukau, justeru       warga SMKFBK  sentiasa DINAMIK bagi menciptakan kecemerlangan dalam semua bidang

(II) PENGERTIAN WARNA

      WARNA BIRU
      Bermaksud kecintaan kepada segala bentuk ilmu pengetahuan dan menyayangi sekolah sebagai
      sebuah gedung untuk menuntut ilmu
      WARNA MERAH
      Bermaksud semangat yang sentiasa membara untuk mencipta kecemerlangan
      WARNA HIJAU
       Bermaksud ketenangan dan kedamaiannyang sentiasa mendakap persekitaran sekolah dan warganya.
     WARNA KUNING
      Sebagai lambang kebanggaan warga SMKFBK terhadap sekolah yang disayangi
    WARNA PUTIH
     Sebagai lambing kesucian dan keharmonian warga sekolah.


1 Murid 1 Sukan

1MURID 1SUKAN

RASIONAL

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan  semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

MATLAMAT

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk  budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

KONSEP

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

            4.1       Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
            4.2       Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
            4.3       Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke  tahap yang lebih tinggi;

PRINSIP PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:

            5.1       Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis  sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.
Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program
ini berdasarkan kemampuan sekolah
           
5.2       Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah.

5.3       Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatanyang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
           
5.4       Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
           

5.5       Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.

MBMMBI

DASAR  MBMMBI

DEFINISI

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.


TUJUAN

 Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.


 Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

ANJAKAN PENDIDIKAN

SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK MENTRANSFORMASIKAN
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Sebelas anjakan untuk transformasi sistem

1.Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Menanda aras keupayaandalam kemahiran membaca,matematik dan sains dengan standard antarabangsa
Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM)dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun,
disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus

2.Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah,dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025

3.Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama  utama menjelang 2017
Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi

4.Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
Memastikan guru member fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013dengan mengurangkan beban pentadbiran
Melaks


5.Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
·         Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
·         Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti            pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

6.Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian Khusus Berasaskan keperluan
·         Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
·         Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan  bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan   peningkatan prestasi besar
·         Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan      Sarawak

7.Memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
·         Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah         menjelang 2013
·         Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam matapelajaran kritikal pada2013
·         Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan   pembelajaran lebih khusus

8.Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
·         Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
·         Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah      menjelang 2014
·         Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
·         Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016

9.Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
·         Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
·         Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
·         1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
·         Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur

10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
·         Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi programberimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
·         Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi,dengan mengagihkan peruntukan kepada bidangpaling kritikal seperti   peningkatan kemahiran dan latihan guru

11.Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
·         Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
·         Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan   persekitarannyaanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
Meningkatkan laluan guruuntuk peranan kepimpinan,pakar pengajaran dan pakarbidang khusus menjelang2016
Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025


STANDARD GURU MALAYSIA

STANDARD GURU MALAYSIA

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional.Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. 
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan  pengajaran dan
          pembelajaran. 
S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan
          pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan                              
          kurikulum dan  kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran
          dan  pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu
Standard 3:  Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:
S3.1  Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan                          
                 Pelajaran dan  takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta
                 jangkaan  pencapaian murid..
S3.2    Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai                        
                 pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar,
                 kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan                                                       
                 mentaksir dan menilai.
S3.3  Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran                           
                  bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.
S3.4  Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang,
                 dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.


Bidang NKRA




BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL (NKRA)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FOKUS UTAMA :     MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

Sub-NKRA 1 : Prasekolah
          Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan
          Fokus 1 : Memantapkan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
          Fokus 2 : Memantapkan tahap kualiti kemahiran pedagogi guru prasekolah
          Fokus 3 : Meningkatkan tahap penguasaan 3M murid prasekolah

Sub-NKRA 2 : Literasi dan Numerasi
  Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global
  Fokus 1 : Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1
  Fokus 2 : Memantapkan pelaksanaan program LINUS
  Fokus 3 : Meningkatkan tahap penguasaan 3M 100% pada tahun ketiga  persekolahan
  Fokus 4 : Memantapkan kemahiran pedagogi guru LINUS
  Fokus 5 : Mengurangkan kuantiti murid LINUS tegar

Sub-NKRA 3 : Sekolah Berprestasi Tinggi
  Mempunyai sistem pengurusan kurikulum yang berkesan
  Fokus 1 : Memantapkan kualiti pengurusan Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan  Sekolah
 
Sub-NKRA 3 : Sekolah Berprestasi Tinggi
  Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti
  Fokus 2 (a) : Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengurusan kurikulum pemimpin pertengahan
  Fokus 2 (b) : Meningkatkan kemahiran pengurusan pemantauan kepada 100% Penolong Kanan dan Guru Kanan
                                  Mata Pelajaran

Sub-NKRA 4 : Bai'ah atau Tawaran Baru
  Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan,kemahiran dan sahsiah
  Fokus 1 (a) :Memantapkan kompetensi keilmuan dan kemahiran guru
  Fokus 1 (b) : Memantapkan kemahiran menggunakan Plan-J dan Standard   Akademik
  Fokus 1 (c) :Membantu peningkatan prestasi sekolah melalui Lesson Study
  Fokus 1 (d) :Membantu peningkatan pedagogi guru baru melalui Program   Immersion
  Fokus 1 (e) :Memberikan latihan pedagogi berkesan kepada guru baru dan bukan opsyen

Sub-NKRA 4 : Bai'ah atau Tawaran Baru
  Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
  Fokus 2 (a) : Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan - UPSR
  Fokus 2 (b) : Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan - PMR
  Fokus 2 (c) : Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan - SPM
  Fokus 2 (d) : Meningkatkan prestasi pencapaian dalam peperiksaan - STPM
  Fokus 2 (e) : Meningkatkan kemahiran membudayakan PBS - KS

Sub-NKRA 4 : Bai'ah atau Tawaran Baru
  Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan
  Fokus 3 : Meningkatkan kuantiti pembacaan buku di kalangan murid sekolah rendah dan menengah

Sub-NKRA 4 : Bai'ah atau Tawaran Baru
  Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
  Fokus 4 (a) : Memantapkan pelaksanaan program Bahasa Melayu dalam daerah dan sekolah
  Fokus 4 (b) : Menigkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia murid SJKC dan  SJKT
  Fokus 4 (c) : Mengurangkan kadar tidak menguasai Bahasa Malaysia di sekolah  menengah
  Fokus 4 (d) : Memantapkan pelaksanaan program Bahasa Inggeris dalam daerah dan sekolah