DASAR MBMMBI
DEFINISI
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan
Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan
Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
TUJUAN
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai
hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana
Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai
dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat nasional dan global.
No comments:
Post a Comment