Tuesday, 4 March 2014

PBS

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



DEFINISI

Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning).

Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut:
 Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan
 pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard);
 penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks;
 Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung;
 Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan
 Membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.

Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PS dikumpulkan dalam portfolio.

Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru membuat keputusan tentang:
 Sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu;
 Strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya;

Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut:

 kejelasan konstruk yang ditaksir
 bentuk
 kegunaan
 aras kesukaran
 bagaimana cara mentaksir
 kekerapan
 masa dan
 maklumbalas.

Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid:
 Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal;
 Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;
 Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta;
 Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan  penguasaan dan kepakaran;
 Belajar dengan kaedah tersendiri;
 Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya;
 Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza;
 Bertanggungjawab terhadap pembelajaran;
 Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan
 Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi.


No comments:

Post a Comment