Sunday, 16 March 2014

visi kokurikulum

SMK FELCRA BUKIT KEPONG
VISI KOKURIKULUM

Melahirkan pelajar SMK Felcra Bukit Kepong  yang cemerlang
dalam kokurikulum pada semua peringkat.


MISI KOKURIKULUM

  Membimbing dan melibatkan pelajar secara proaktif
dalam pelbagai program  KoAkademik, Unit Beruniform, Sukan dan Permainan
melalui strategi perancangan yang mantap  sehingga mencapai standard tertinggi.


MATLAMAT KOKURIKULUM 

Memupuk sikap dan nilai yang boleh membimbing dan mengembangkan potensi dan kreativiti pelajar bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik


OBJEKTIF KOKURIKULUM

 Membina pelajar yang memiliki kekuatan dari segi keterampilan minda, kecergasan jasmani, kemantapan rohani, kecerdasan emosi dan kemahiran sosial.
 Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.
 Membina dan meningkatkan disiplin pelajar.
 Membentuk watak sekolah.

FOKUS KOKURIKULUM

1. Penglibatan menyeluruh pelajar secara berfokus dan terancang.
2. Memantapkan pelaksanaan kokurikulum.
3. Pembinaan semangat, ketahanan fizikal, mental dan rohani pelajar.

DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM


1. Semua persatuan, kelab dan pasukan badan beruniform didaftarkan beserta dengan Perlembagaan Persatuan dan permohonan menjadi ahli.
2. Aktiviti yang dijalankan melibatkan semua pelajar.
3. Pelajar diberi peluang untuk mengendalikan aktiviti dengan pemantauan guru.
4. Nilai-nilai untuk membina semangat berpasukan dan kekitaan diterapkan kepada pelajar melalui pertandingan antara kumpulan, pasukan dan rumah.
5. Semua aktiviti dibuat mengikut strategi Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian dan Laporan.
6. Semua pelajar didedahkan dan diperkenalkan kepada semua jenis sukan dan permainan, sesuai dengan dasar sukan untuk semua dan penglibatan menyeluruh.
7. Aktiviti perkhemahan/aktiviti mega lain dijalankan dengan melibatkan semua pelajar.
8. Hari Kokurikulum diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada semua pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum dan penyampaian Sijil Penilaian Kokurikulum kepada semua pelajar Tingkatan 5.
9. Perancangan dibuat dengan rapi sebagai persediaan dalam semua pertandingan.
10. Kebenaran ibu bapa diperoleh dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan di luar sekolah.
11. Majlis dan aktiviti kokurikulum dikendalikan oleh pelajar di bawah bimbingan dan pengawasan Guru Penasihat.
12. Semua aktiviti menjurus kepada cabaran, semangat, daya juang dan daya tahan mental dan fizikal.
13. Setiap pelajar diwajibkan menyertai satu pasukan beruniform, satu kelab/persatuan dan satu sukan/permainan

14.Hari aktiviti kokurikulum ialah pada setiap hari rabu bermula jam 2.30 

No comments:

Post a Comment