Sunday, 16 March 2014

Pengurusan Koperasi

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH

1. Lembaga bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut Akta Koperasi.
2. Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang berikut:
3. melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari dalam mesyuarat lembaga.
4. mengemukakan senarai anggota lembaga kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
5. Menimbang dan meluluskan permohonan keanggotaan.

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI KOPERASI

1. Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
2. Menandatangani minit mesyuarat yang disahkan
3. Memperakui cabutan dan salinan rekod Koperasi
4. Memanggil mesyuarat Lembaga








5. Mengarah Jawatan Kuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi pada bila-bila masa.
6. Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOPERASI

1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa .
2. Merekod perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat.
3. Menyelenggara dan mengemaskinikan  semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh Lembaga.
4. Mengurus surat-menyurat sebagaimana diarah oleh Lembaga.
5. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara bertulis dalam buku Koperasi.
6. Menyimpan dan menjaga keselamatan MOHOR KOPERASI

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI KOPERASI

1. Mengendalikan segala urusan perdagangan Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga.
2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.
3. Menyimpan semua wang yang diterima ke dalam bank atas nama Koperasi dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
4. Mengeluarkan resit , menyediakan baucar dan surat lain mengikut arahan Lembaga.
5. Menyimpan Wang Runcit sebanyak RM 500
6. Menyelenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna
7. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi
8. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Koperasi

9. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi.

No comments:

Post a Comment