Sunday, 16 March 2014

Pengurusan HEM

Panduan Tugas Guru Tingkatan
A. Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan dll.
2. Menentukan perkara-perkara berikut
 Jadual waktu
 Jadual tugas
 Perabut kelas mencukupi
 Moto kelas
 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
3. Menentukan kawat eletrik , kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan peralatan eletrik yang rosak kepada  / guru fizikal sekolah.
5. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.

B. Laporan akedemik, sijil berhenti, surat akuan dan kad 001
1. Memberikan galakkan,motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap  akademik
2. Sentiasa perihatin terhadap semua masalah pelajar.
3. Melaporkan kepada Guuru Bimbingan Kaunseling jika terdapat  kemerosatan  pelajaran  dikalangan pelajar.
4. Melaporkan kepada guru kesihatan/kebajikan jika terdapat pelajar yang  menghadapi masalah kesihatan dan kemiskinan
5. Melaporkan  kepada guru disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin  sekolah.
6. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang ditetapkan.

C. Menguruskan buku teks pelajar  dan mengenal pasti pelajar yang layak dapat  biasiswa.

D. Kutipan yuran dan derma
1.         Mengutip yuran majalah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar memberi  semua yuran sekaligus. 
2.         Mengutip derma PIBG
3.         Mengeluarkan resit dan menyerahkan wang ke pejabat.

E. Pendaftaran pelajar baru
1. Menerima kemasukan pelajar baru dari penyelaras tingkatan/HEM
2. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku pendaftaran dan  mendapatkan  nombor pendaftaran pelajar baru .
3. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
4. Memaklumkan kepada guru Data dan APDM mengenai kemasukan pelajar baru dan  perpindahan pelajar.

F. Pelajar keluar
1. Menguruskan  borang SPBT, Folder kemajuan pelajar, kad 001 dihantar dan markah ujian kursus di hantar ke Pejabat.
2. Menentukan  yuran telah dibayar dan buku teks telah dipulangkan.
3. Melaporkan  pelajar keluar yang memegang biasiswa kepada guru biasiswa .

G. Jadual kedatangan pelajar
1. Tulis nama pelajar mengikut abjad , mula dengan nama pelajar lelaki diikuti dengan nama  pelajar perempuan
2. Menandakan jadual  kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir  dan guru menyimpan   buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
3. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada didalam buku daftar  kedatangan pelajar , diisi dengan lengkap  sebelum akhir Januari dan dikemaskinikan dari  semasa ke semasa.
4. Bayaran Khas ;
   Isikan mengikut bahagian-bahagian butiran contoh bayaran majalah.
   Tuliskan Nombor resit.
   Tarikh pada resit pelajar hendaklah sama dengan tarikh penyerahan   ke Pejabat.
   Jumlahkan mengikut baris (Bayaran individu)
   Jumlahkan mengikut lajur.


6. Jumlah tidak hadir dan jumlah ponteng diisi dengan betul .
7. Bagi pelajar yang namanya hendak dipotong dalam register tuliskan kenyataan ‘Berhenti’ atau’ Pindah Sekolah’ atau ’ tukar kelas’ dicatat pada ruang kehadiran dan seterusnya buat garis hingga akhir  bulan  tersebut.
8.  Jumlah hari tidak hadir sahaja  hendaklah dibawa sehingga   bulan   Dec
9. Hari kelepasan :
 Garis Lurus  ditengahnya ditulis ”CUTI HARI WESAK’ (contoh)   
 jika beberapa hari  garis melintang ditengah-tengahnya ditulis CUTI SEMESTER SATU

H. Tutup Jadual Kedatangan
1. Mesti ditutup pada hari akhir persekolahan setiap bulan.
2. Jumlah bulan ini (Lajur) hendaklah sama dengan jumlah yang tidak hadir (Baris)
3. Jumlah kedatangan : Jumlah kedatangan sepatutnya tolak jumlah yang tidak hadir.
4. Senarai nama pelajar pada bulan berikut dan jumlah-jumlah kedatangan pada bulan lepas hendaklah diisi  secara langsung selepas selesai menutup register pada akhir bulan.

I. Penyata Bulan Disember
 Lengkapkan nama dan jantina.
 Buat garis melintang dan tuliskan CUTI AKHIR TAHUN .
 Jumlah dari bulan-bulan sudah diambil dari jumlah hingga akhir bulan ini  bagi bulan November.
 Jumlah hingga akhir bulan ini sama dengan jumlah dari bulan-bulan sudah.
 Purata kedatangan – penuh
 Peratus kedatangan 100% ( Supaya tidak menjejaskan purata % tahunan)
 Purata ramai pelajar – penuh.
 Ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas ikut bulan sebelumnya.
 Ramai pelajar yang masuk ( - ) Ramai pelajar yang keluar ( -  )
 Ramai pelajar dalam daftar hujung bulan – penuh.        

PERINGATAN
 Pelajar dilarang menanda  kehadiran dan mencatit kedatangan
 Seandainya guru tingkatan tidak hadir Penyelaras tingkatan akan mengambil alih tugas ini.
 Tidak dibenarkan mengunakan ”liquid” jika terdapat kesilapan sebaliknya hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas.
 Penyelaras Register menyemak dan memastikan guru menutup register sebagaimana yang diarahkan.
 Hem menyediakan laporan prestasi guru-guru tingkatan menutup register
Surat-surat amaran yang dikeluarkan direkodkan dalam borang ‘ Senarai Semak Surat-surat Amaran Ketidakhadiran Sekolah tanpa Kenyataan

J. Buku Kehadiran P & P

1. Memastikan kelas mempunyai buku kehadiran P&Pdan diselenggarakan seperti  yang diarahkan.
2. Pastikan buku kehadiran P&P diambil oleh  Ketua Tingkatan sebelum masa pertama pada hari Isnin dan dan menghantar pada penyelaras pada setiap hari Jumaatnya selepas berakhir P&P.
3. Penyelaras hendaklah memaklumkan pada Hem pelajar-pelajar yang ponteng kelas untuk diambil tindakan.
4. Pastikan Ketua Tingkatan lengkapkan kehadiran pelajar dan m/p  pada setiap hari dalam ruangan yang disediakan.
5. Ketua Tingkatan hendaklah diingatkan supaya memastikan guru-guru yang hadir ke kelas dan  menandatangani buku tersebut.


K. Kad keluar Kelas.

1. Untuk memastikan kad keluar kelas berfungsi dan objektif ponteng sifar tercapai maka Guru-guru hendaklah membaw bersama-bersamanya  kad keluar kelas setiap kali hadir untuk P&P.
2. Kebenaran hanya diberikan kepada seorang pelajar sahaja untu ke tandas dan urusan rasmi kecuali  ada kerja diluar kelas secara berkumpulan.
3. Guru-guru yang tidak membawa kad keluar kelas tidak boleh membenarkan pelajar-pelajar keluar kelas tanpa kad.
4. Pelajar-pelajar yang keluar kelas tanpa kad akan dianggap ponteng kelas .

Guru-guru yang membenarkan pelajar keluar tanpa kad akan mencamarkan 

No comments:

Post a Comment