Sunday, 16 March 2014

Tugas PK Kokurikulum

DESKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PK KOKURIKULUM

1. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum.
4. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
7. Mengawal urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
8. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.

10.  Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

No comments:

Post a Comment