Sunday, 16 March 2014

kokurikulum

GARIS PANDUAN URUSAN KOKURIKULUM

1.  Peraturan dan Syarat Peminjaman Alatan/Barang-barang daripada Unit Kokurikulum
1.1 Mengisi dan melengkapkan Borang Pinjaman. (Diisi dalam 2 salinan)
1.2 Mengemukakan wang cengkeram sebagai ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kerosakan/kehilangan alatan/barang. Wang akan dikembalikan sekiranya pihak Unit Kokurikulum berpuas hati dengan keadaan alatan/barang yang dipinjamkan.
1.3 Deposit yang dikenakan bagi setiap item yang dipinjam ialah RM 5.00.
1.4 Menjaga dan memelihara dengan baik sebarang alatan/barang yang dipinjam.
1.5 Mengembalikan alatan/barang yang dipinjam setelah tamat aktiviti. (Dipulangkan dengan kadar segera)


2. Prosedur Pengurusan Aktiviti Kokurikulum oleh Semua Guru Penasihat
2.1 Tanda tangan pengesahan kehadiran.
2.2 Pastikan fail telah dilengkapkan oleh setiausaha dengan butiran berikut:
· Kehadiran
· Laporan Aktiviti
· Laporan Kewangan pada akhir aktiviti.


3.  Buku KoKurikulum
3.1 Pastikan setiap ahli mempunyai buku Kokurikulum.
3.2 Buku Kokurikulum hendaklah ditandatangani oleh Guru Penasihat pada hari aktiviti tersebut dan diserahkan semula kepada pelajar untuk dibawa ke perjumpaan aktiviti lain berikutnya.


4.  Sijil Penghargaan untuk Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Persatuan/Kelab/Badan Beruniform
4.1 Sijil Penghargaan akan dikurniakan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang aktif sahaja dan akan disediakan oleh Unit Kokurikulum.
4.2 Semua Guru Penasihat hanya perlu menghantar senarai AJK Tertinggi dengan melengkapkan borang yang disediakan.


5. Sijil Penilaian Kokurikulum
5.1 Akan disediakan oleh Unit Kokurikulum.
5.2 Dianugerahkan kepada semua pelajar Tingkatan Lima tahun semasa.
5.3 Penilaian dibuat berdasarkan maklumat di dalam buku Kokurikulum dan fail persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing.

5.4 Mohon kerjasama daripada semua Guru Penasihat agar sentiasa mengemaskinikan maklumat pelajar dalam buku Kokurikulum/fail Kokurikulum.

No comments:

Post a Comment