Tugas JK Disiplin
1.
Merangka dan menentukan
dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah
berpandukan kepada pekeliling kementerian dan jabatan pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha
menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Membantu
menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
4. Membantu
Lembaga disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
serius yang boleh membawa hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang
sekolah berpandukan surat pekeliling ikhtisas Bil. 9/1975, Setiuasaha Lembaga
Disiplin atas nasihat boleh memanggil
masyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
5. Berkerjasama
dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis
sekolah.
6. Mewujudkan
sisitem rekod disiplin kelas dan system pemantauan yang berkesan.
7. Menerima
laporan pengawas /guru penagwas dan seterusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
8. Menjalankan
hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh .
9. Menjalankan
rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar yang
ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
10. Menyediakan
dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/JPNJ / PPD
11. Merancang
dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin
pelajar
12.
Menjadi pegawai perhubungan antara ibu/bapa/ penjaga dalam menangani masalah
disiplin.
13. Mendapatkan
bantuan pihak polis sekiranya pelajar
terlibat dalam kes jenayah.
No comments:
Post a Comment