DESKRIPSI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS SUKAN DAN
PERMAINAN / PERSATUAN/ KELAB/UNIT BERUNIFORM
1. Mengatur
dan menyelia perjalanan persatuan/Kelab/Pasukan Beruniform.
2. Menyediakan
jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras
semua aktiviti kokurikulum.
4. Menyediakan
borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab /
pasukan badan beruniform.
5. Menentukan
aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan
mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
7. Menguruskan
Buku/Kad Kokurikulum
8. mengagihkan
kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
9. Mengumpulkan
semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik
kokurikulum.
10. Menyediakan
borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
11. Borang
penyertaan pasukan
12. Borang
senarai AJK dan ahli
13. Buku
laporan aktiviti
14. Mengumpulkan
rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
15.Membuat
laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
DESKRIPSI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaraskan semua
aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan
aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSM Daerah Muar / MSSM Negeri Johor/MSSM.
3. Membantu mengagih tugas baru dalam olahraga dan
permainan.
4. Menetapkan pelajar
dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran
belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan
penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga
keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan
dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan
penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan
lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang
dengan /Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian
cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
DESKRIPSI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Menyelaras
semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
3. Mengurus
pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform dan
4. sukan/permainan.
5. Menentukan
langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
6. Memastikan
rekod dan data diselenggara dengan baik.
7. Memastikan
borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
8. Mengenal
pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan dengan mereka.
No comments:
Post a Comment